menubar

MIS BAREGBEG "Membangun karakter bangsa yang inovatif, kreatif, dan kompetitif" - PPDB MIS BAREGBEG Tahun Pelajaran 2024/2025 Menerima Siswa/i Baru dan Pindahan - KLIK UNTUK MENDAFTAR

Sabtu, 26 April 2014

KEISTIMEWAAN SEORANG WANITA



 



Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita.  Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita.  Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah karena menjadi wanita.

KEISTIMEWAAN WANITA :

1.    Doa wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat  daripada lelaki.  Ketika ditanya kepada Rasulullah  akan hal tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

  1. Wanita yang Shalihah  itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang Shaleh.

  1. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darejatnya seumpama orang yang sentiasa menangis karena takut kepada Allah  dan orang yang takut kepada  Allah  akan diharamkan api  neraka ke atas tubuhnya.

  1. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.  Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.

  1. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah ) di dalam syurga.

  1. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

  1. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

  1. Syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu.

  1. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

  1. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

  1. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

  1. Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah  siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?  Jawab baginda,  "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah "Ibunya."

  1. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mananapun yang dia kehendaki.

  1. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

  1. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah  mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

  1. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah  mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah

  1. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

  1. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

  1. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah

  1. Seorang wanita Shalihah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

  1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 lelaki yang jahat.

  1. 2 rakaat Shalat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat Shalat wanita yang tidak hamil.

  1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

  1. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

  1. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah  dengan penuh rahmat.

  1. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah  dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi  ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

  1. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya  Allah  memberi 12 tahun pahala ibadat.

  1. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

  1. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah  akan berkatkan rezekinya.

  1. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.

  1. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

  1. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

  1. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun Shalat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah  mengurniakan satu pahala haji.

  1. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

  1. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun Shalat.

  1. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2? thn),  maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

  1. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun shalat dan puasa.

  1. Jika wanita memijit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

  1. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

  1. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah  di akhirat, tetapi Allah  akan datang sendiri kepada wanita yang menutupi auratnya yaitu memakai kerudung/Jilbab di dunia ini dengan istiqamah

Tidak ada komentar:

Posting Komentar